Maklumat Produk

Bridal Foam Cleanser

(KKM: NOT201002433K)

a- Pencuci wajah Bridal Foam Cleanser diformulasi khusus dengan buihan halus lembut yang dapat membersih jauh ke dalam liang pori untuk mengeluarkan habuk, debu, kotoran serta minyak berlebihan pada wajah.

b- Ia mengandungi Salicylic Acid dan Vitamin B3 Niacinamide yang bertindak mengatasi jerawat, Ekstrak Beras yang kaya dengan nutrient untuk memberikan kulit awet muda serta Air Mawar Bulgarian Rose dengan antioksidan tinggi untuk mengurangkan kesan penuaan.

c- Ekstrak Maclura Prenylflavonoids berupaya menggalakkan percambahan mikrobiome yang sihat, disamping gabungan ekstrak tumbuhan pelbagai untuk memberikan kulit yang lebih cerah.

d- Dengan haruman Rose Geranium yang memberi ketenangan, semestinya Bridal Foam Cleanser satu-satunya pencuci pilihan untuk kulit berseri bak Raja Sehari. 

cleanser v2_edited.jpg
Bridal Whitening Essence
(KKM: NOT201004098K)

a- Langkah kedua untuk kulit berseri bak raja sehari, Bridal Whitening Essence merupakan pati penyegar dengan kehebatan gabungan Glycolic Acid AHA & Salicylic Acid BHA untuk membantu mengurangkan timbunan sel kulit mati penyebab pori tersumbat dan masalah jerawat.

b- Ia turut mengandungi Ekstrak Beras untuk pemulihan kulit.

c- Air Mawar Bulgarian Rose dan Allantoin yang mengurangkan reaksi kulit sensitif, serta Hyaluronate yang melembap dan menganjalkan wajah.

d- Gabungan Alpha Arbutin, Glutathione, Vitamin C serta pelbagai ekstrak tumbuhan bertindak secara efektif untuk memberikan kulit wajah yang cerah, bebas cela, berseri dan muda remaja.

essence v2_edited.jpg
Bridal Glowing Moisturiser
(KKM: NOT201004099K)

a- Ketiga, sempurnakan wajah dengan Bridal Glowing Moisturizer, krim pelembap ringan tidak berminyak yang mengunci kelembapan sepanjang hari dengan gabungan eksklusif minyak Argan, Vitamin E dan Vitamin C yang bertindak menyerlahkan kulit anjal, muda dan bebas cela.

b- Gabungan ekstrak tumbuhan terpilih dari Asia seperti Pegaga, Akar Manis dan Teh Hijau dengan ekstrak tumbuhan Mediterranean Rosemary, Chamomile dan Bunga Matahari meningkatkan pertahanan kulit serta mengurangkan tanda penuaan dengan efektif.

c- Kuasa pelembap krim ini meningkatkan lagi kesan pencerahan optimum Alpha Arbutin, Glutathione dan Niacinamide untuk kulit lebih cerah sempurna.

moisturizer v2_edited.jpg
3 Langkah mudah untuk wajah berseri bagaikan Raja Sehari
Langkah 1

i- Lembapkan wajah dengan sedikit air.

ii- Picit pam pencuci Bridal Foam Cleanser sebanyak 1 atau 2 kali pada tapak tangan dan gosok pada wajah selama 60 saat dengan urutan membulat.

iii- Bilas dengan air suam. Gunakan 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang.

iv- Juga boleh digunakan untuk membersihkan solekan nipis

Langkah 2

i- Semburkan 1 atau 2 pam Bridal Whitening Essence pada tapak tangan atau pada kapas lembut dan sapukan secara perlahan pada seluruh wajah.

ii- Tekapkan tapak tangan pada wajah agar lebih mudah diserap.

iii- Biarkan ianya separa kering dan meresap selama 2 hingga 3 minit.

iv- Gunakan 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang

Langkah 3

i- Sapukan krim Bridal Glowing Moisturizer ke seluruh wajah dan leher, dengan sapuan nipis dan menyeluruh.

ii- Urut sebentar dari bahagian tengah wajah sehingga ke bahagian tepi secara perlahan dan biarkan krim meresap.

iii- Gunakan 2 kali sehari, pada waktu pagi dan malam.

Cadangan Penggunaan : Pastikan penggunaan set lengkap ketiga-tiga produk ini iaitu cleanser, essence dan moisturizer secara konsisten untuk mendapat kesan yang maksima.

Anda akan dapat rasakan perubahan seawal 7 hari dengan penggunaan set lengkap Aura Bridal Skincare mengikut langkah-langkah yang disarankan. Insya Allah.